web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nicky Liow Mengaku Tidak Bersalah Terlibat Pengubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2022 4:32PM

Liow berhadapan dengan 26 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan dan memiliki wang haram. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 26 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan dan memiliki wang haram bernilai lebih RM36 juta sejak 2016 hingga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke 24, Liow, 34, dan tiga buah syarikat yang dikaitkan dengannya didakwa secara langsung melibatkan diri dalam transaksi daripada aktiviti wang haram lebih RM33.7 juta di bawah perenggan 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa memiliki wang hasil daripada aktiviti sama membabitkan lebih RM2.29 juta dibawah perenggan 4(1) (b) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dua buah bank di Bandar Puteri Puchong dan Bandar Ampang sekitar 2016 hingga 2021. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum lima belas tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu, pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous, Rozaliana Zakaria dan Syafinas Shabudin manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh, Jay Moy Wei Jiun dan Mardhiyah Siraj.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan memohon mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM3.6 juta dengan dua orang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Rajpal memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada bawah RM1 juta.

Hakim Helina Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta yang dibayar secara ansuran pada hari ini dan esok, dengan dua orang penjamin, melapor diri di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman setiap dua kali sebulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes disebut semula pada 26 Mei depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia