web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Rugi RM32,125, Serah Wang Pinjaman Kepada 'Pegawai Polis' 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 5:56PM

Seorang wanita kerugian RM32,125 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu tadbir sebuah sekolah di Pahang terpaksa berputih mata apabila pinjaman bank berjumlah RM32,125 yang dibuatnya lesap, selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis. 

Apa yang menarik, wanita berusia 35 tahun itu membuat pinjaman berkenaan selepas menerima arahan daripada suspek, kononnya untuk menyelesaikan kes mangsa yang didakwa terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, insiden malang menimpa mangsa bermula selepas dia menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier pada 19 Januari lalu.

"Mangsa diberitahu ada bungkusan atas namanya yang gagal dihantar kerana mengandungi barang meragukan iaitu tiga kad pengenalan, tiga kad bank dan 30 kad sim.

"Suspek telah menyambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan hasil semakan, mangsa dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Ramli berkata, mangsa diarahkan memindahkan wang berjumlah RM32,125 ke akaun bank diberikan suspek.

Menurut beliau, mangsa turut diarahkan untuk membuat rakaman video aktiviti hariannya selama tiga hari, kononnya bagi tujuan pemantauan.

"Mangsa yang panik dan takut dengan tindakan undang-undang berjaya diperdayakan hingga mengalami kerugian.

"Selepas menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di sebuah balai polis di Jerantut," katanya.

Susulan kejadian, Ramli menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan.

"Sekiranya diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan, jangan dedahkan atau serahkan maklumat tersebut," katanya.

"Pada masa sama, jika berlaku transaksi keluar masuk wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri segera laporkan kepada pihak berkuasa. Ini bagi mengelak akaun tersebut digunakan pihak lain untuk aktiviti penipuan," katanya. - Getaran, 18 Februari 2023.



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan