web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Hakim Negara Sepatutnya Tarik Diri Daripada Dengar Rayuan Akhir Kes SRC Najib - Peguam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:45PM

Muhammad Shafee Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sepatutnya menarik diri daripada mengetuai rayuan kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau mempunyai konflik kepentingan berikutan hantaran Facebook (FB) suaminya, lima tahun lepas.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata ini kerana suami hakim tertinggi itu telah menyalahkan Najib pada 2018 atas kejatuhan 1Malaysia Development Berhad dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

“Suaminya, Datuk Zamani Ibrahim telah melemparkan kritikan terhadap Najib pada 2018 sebaik sahaja keputusan pilihan raya keluar. Ia disifatkan seperti satu perayaan di FB.

“Perkara itu (hantaran FB) telah dibangkitkan pada 23 Ogos tahun lepas di hadapan mahkamah tertinggi. Ketua Hakim sepatutnya tidak mendengar (rayuan itu) dan memutuskan untuk menarik diri.

“Kami menjemput Ketua Hakim untuk berundur kerana beliau mempunyai konflik kepentingan berdasarkan hantaran FB suaminya,” katanya.

Muhammad Shafee berkata penularan perkongsian maklumat antara suami dan isteri boleh berlaku dan isu itu perlu dipertimbangkan secara serius.

“Lazimnya rata-rata suami dan isteri akan berkongsi pendapat,” katanya sambil menambah terdapat kegagalan korum kerana tidak dapat mempertahankan Hakim Tengku Maimun untuk mendengar rayuan itu apabila suaminya mengkritik Najib dalam hantaran media sosial itu.

Selain itu, Muhammad Shafee juga menegaskan bahawa hakim tertinggi itu gagal untuk mempertimbangkan mana-mana daripada 94 alasan rayuan yang dikemukakan Najib dalam rayuannya tahun lepas.

“Bekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak diberi peluang untuk mengemukakan 94 alasan rayuan itu. Malah, Hisyam bukan enggan untuk memberi hujahan sebaliknya beliau tidak bersedia berbuat demikian… beliau memohon penangguhan kerana perlukan lebih masa untuk membuat persiapan tetapi ditolak oleh mahkamah. Beliau kemudian mahu menarik diri tetapi mahkamah memaksanya untuk terus mewakili Najib,” katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian pada pendengaran permohonan Najib untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Beliau berhujah demikian di hadapan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Muhammad Shafee dijadual menggulung hujahannya esok dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram akan memulakan hujahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia