web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Kecoh Selepas Ahli Parlimen PH Petik Isu Jana Wibawa, NIISe

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 3:44PM

Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH) mendakwa anggota keluarga Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) memperoleh kontrak kerajaan secara rasuah, menyebabkan siasatan SPRM dijalankan. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat seketika selepas seorang Ahli Parlimen mendakwa anggota keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) memperoleh kontrak kerajaan secara rasuah, menyebabkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.

Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH), semasa perbahasannya mengenai Belanjawan 2023, memetik laporan berita yang mendakwa Muhyiddin memberikan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat yang dikaitkan dengan menantunya.

Khoo Poay Tiong
Khoo Poay Tiong

“Seluruh Malaysia tahu SPRM sedang menyiasat menantu (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin). Saya berani nyatakan di sini (dalam Dewan Rakyat) berdasarkan laporan akhbar,” katanya.

Kenyataan beraninya itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang, iaitu Datuk Awang Hashim (Pendang-PN), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN), bangkit dan mencabar Poay Tiong mengulangi kata-kata terbabit di luar Dewan Rakyat supaya mereka boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Alice Lau
Alice Lau

Ia menyebabkan Dewan Rakyat semakin kecoh apabila lebih ramai Ahli Parlimen bersuara dan ‘menjerit’ dalam kalangan penggubal undang-undang dari kedua-dua belah blok, ketika Timbalan Speaker, Alice Lau bertindak mengekalkan ketenteraman.

Awang kemudian mendesak Poay Tiong menarik balik kenyataannya dan menamakan sumber berita dirujuknya itu.

Malah, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang, memetik Peraturan Tetap 36(6) di mana tiada ahli boleh mengaitkan motif tidak wajar kepada mana-mana ahli lain serta mengulangi bahawa Poay Tiong mesti menarik balik kenyataannya terhadap Muhyiddin. 

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Ketika itu, Muhyiddin turut bersuara dengan mengulangi penafiannya bahawa beliau terlibat dalam amalan rasuah atau memberi sebarang kontrak kerajaan kepada menantunya.

“Seperti yang saya katakan semasa ucapan saya sebelum ini, beberapa ahli parlimen seperti Jelutong (R.S.N. Rayer-PH) dan Ipoh Timur (Howard Lee-PH) menyatakan bahawa kononnya menantu saya, Muhamad Adlan Berhan dianugerahkan Kontrak NIISe, ketika Larut (Hamzah) menjadi Menteri Dalam Negeri.

“Tetapi dakwaan sebegitu adalah fitnah terang-terangan, pembohongan bertujuan merosakkan reputasi saya dan keluarga saya,” kata Muhyiddin.

Mantan Perdana Menteri itu menegaskan, projek NIISe sudah melalui kaedah wajar dan diberikan melalui tender terbuka, namun penjelasannya diganggu Poay Tiong yang meminta Muhyiddin memberi kenyataan kepada badan penyiasat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa jika anda mengulangi dakwaan ini di luar, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda,” kata Muhyiddin.

Alice kemudian mengarahkan Poay Tiong menarik balik kenyataannya dan dipersetujui pemimpin itu, sebelum beliau meneruskan perbahasannya.

Poay Tiong seterusnya menyatakan keperluan untuk negara mempunyai akta pembiayaan politik kerana terdapat banyak kes rasuah dan ketirisan membabitkan dana awam.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Muhyiddin mendapat perhatian selepas beberapa ahli partinya itu, didakwa melakukan rasuah berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Situasi itu juga menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, disiasat atas dakwaan penglibatannya dalam kes tersebut.

Terdahulu, The Vibes melaporkan menantu Muhyiddin mungkin menjadi pemain utama dalam konsesi NIISe bernilai RM1.2 bilion, memandangkan dia mempunyai hubungan dengan seorang daripada peneraju projek itu yang menjalankan urusan sebagai penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc. 

Fail syarikat menunjukkan bahawa Muhamad Adlan yang berkahwin dengan anak Muhyiddin, dikenali Nabilah, adalah pemegang saham Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Dia juga adalah pengarah syarikat dan walaupun meletak jawatan pada 21 September 2018, dia kekal dalam kalangan pemiliknya.

Pengarah lain Agathistwo Jia ialah ahli perniagaan, Lim Beng Guan dan Choong Khoong Liang.

Beng Guan yang juga pengasas syarikat kewangan, ZJ Advisory Sdn Bhd adalah pengarah tunggal dan pemegang saham Avocat Sdn Bhd, iaitu antara pemegang saham S5 dengan 3.62 peratus kepentingan.

Pemilik S5 lain ialah anak syarikat MyEG Services Bhd MyEG Capital Sdn Bhd yang memiliki kepentingan 10 peratus, S7 Holdings Sdn Bhd (76.38 peratus) dan Merrington Assets Ltd (10 peratus).

NIISe dicadangkan Muhyiddin semasa memegang jawatan Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, selepas membatalkan Sistem Kawalan Imigresen Negara kerana kos yang melambung tinggi. – The Vibes, 28 Februari 2023

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Politik 20 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 17 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes