web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas UAI, Kuliah Wadi Annuar Pula Dibatalkan Di Selangor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 5:30PM

Wadi Annuar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua kuliah ceramah pendakwah popular, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini, dibatalkan.

Perkara itu dikongsikan Wadi menerusi Facebook dengan memaklumkan dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka, Tanjung Karang.  

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebarang alasan di sebalik pembatalan ceramah itu.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah Ustaz Wadi Annuar bertempat di Selangor dibatalkan, manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diadakan seperti dijadualkan,” katanya.

Wadi turut merakamkan kemaafan berhubung pembatalan itu dan sekiranya mana-mana pihak berdepan kesulitan.  

“Semoga Allah memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya.  

Terdahulu, kuliah maghrib perdana penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong di Shah Alam pada Ahad lalu, dibatalkan.

Pengendali Facebook UIA memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, UAI disekat susulan penceramah popular itu tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Jelasnya, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri berkenaan yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik, ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2021.

Selain itu, pihak yang bertindak dengan cara menghina kuasa sah atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam, berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga menjadi suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995).

Jika disabitkan kesalahan, mana-mana pihak yang ingkar, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 bulan yang lalu

Masjid Sri Sendayan Anjur Kuliah Dr Omar Suleiman 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

5 bulan yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Di Perlis Hanya Acara Santai, Bukan Ceramah Agama - Wadi Annuar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia