web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 4:54PM

gambar FB Khaled Nordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Laporan interim mengenai siasatan nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 anggotanya akan diumumkan segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini pihak TLDM sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian nahas berkenaan.

Katanya, laporan interim itu akan dikeluarkan terlebih dahulu sementara menunggu laporan penuh selesai.

“Soal laporan itu (nahas helikopter) kita akan tengok laporan interim kita akan cuba buat seberapa segera dan kemudian akan ada laporan penuh,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tragedi dua helikopter yang bertembung dan terhempas ketika menyertai sesi  latihan di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Kedua-dua helikopter itu dilaporkan dalam sesi latihan raptai untuk Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 5 Mei ini.

Difahamkan ketika kejadian pada kira-kira jam 9.45 pagi, kedua-dua pesawat yang berlepas dari Padang Setiawan sedang menjalani Latihan Lintas Hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Unit Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut memaklumkan, tujuh daripada mangsa adalah kru pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim, manakala tiga lagi mangsa adalah kru dari pesawat jenis FENNEC TLDM.

Beliau juga berkata, kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung insiden itu.

Sementara itu, mengenai acara sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 itu, Mohamed Khaled berkata, ia dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Katanya, pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM. - Getaran, 23 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Selepas UAI, Kuliah Wadi Annuar Pula Dibatalkan Di Selangor

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Pementasan Teater Moyang Salleh Dibatalkan Ogos Ini, Along Eyzendy Luahkan Kekecewaannya 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AAX Selesaikan Lebih 270,000 Tempahan Yang Dibatalkan Setakat Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia