web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AAX Selesaikan Lebih 270,000 Tempahan Yang Dibatalkan Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 8:32PM

AirAsia X setakat ini telah berjaya menyelesaikan lebih 270,000 tempahan yang dibatalkan akibat pandemik sejak dua tahun lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh setakat ini telah berjaya menyelesaikan lebih 270,000 tempahan yang dibatalkan akibat pandemik sejak dua tahun lalu termasuk semua pemegang Pas Tanpa Had RM499, melalui baucar perjalanan sah sehingga lima tahun dengan nilai penuh tempahan.

Baucar perjalanan itu boleh digunakan untuk menempah mana-mana penerbangan AAX (kod penerbangan D7) serta-merta dan untuk perjalanan pada masa hadapan ke beberapa destinasi antarabangsa yang menarik yang tersedia, kata AAX dalam satu kenyataan hari ini.

“Banyak lagi laluan akan ditambah ke rangkaian AAX pada masa hadapan termasuk ke Jepun, Australia, Hawaii, New Zealand, London, Dubai dan Istanbul pada tahun 2022," katanya. 

AAX berkata pihaknya akan mengutamakan proses penyelesaian baki tertunggak termasuk untuk tempahan yang dibuat oleh ejen pelancongan dalam beberapa minggu akan datang. Semua tetamu akan dihubungi melalui alamat emel berdaftar mereka.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAX Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu telah memberikan baucar perjalanan bernilai lebih US$92 juta untuk lebih suku juta tempahan setakat in.

“Terima kasih kerana anda setia menyokong kami melalui susah dan senang. Saya juga difahamkan ada yang menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik secara tunai untuk penerbangan yang dibatalkan.

“AAX tidak dapat membayar bayaran balik tunai berikutan proses undang-undang bagi penstrukturan semulanya, tetapi kami telah bekerja keras untuk mengimbangi kelangsungan syarikat dengan menawarkan baucar perjalanan untuk anda terbang ke destinasi menarik sekarang dan pada masa hadapan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Jelajah 3 bulan yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

SIA Sahkan Tawar Pampasan Kepada Penumpang SQ321

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia