Syarikat penerbangan Vietjet mengambil langkah meningkatkan penerbangan ke destinasi pantai paling popular di Vietnam, Nha Trang dan Phu Quoc, sambil memperluaskan jejak antarabangsanya.
Langkah ini diambil ketika pencinta percutian pantai sedang berlumba-lumba untuk menikmati percutian musim panas yang diidamkan.
Vietjet telah melancarkan penerbangan pertamanya yang menghubungkan Phu Quoc, syurga pantai Vietnam, dengan dua bandar Taiwan, Kaohsiung dan Taichung.
Operasi di laluan Phu Quoc-Taichung yang bermula pada 13 Jun menawarkan tiga penerbangan pergi balik setiap minggu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.
Perkhidmatan Phu Quoc-Kaohsiung bermula sehari kemudian, dengan empat perjalanan pergi balik setiap minggu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
Penambahan ini menjadikan Vietjet sebagai syarikat penerbangan tunggal yang menawarkan penerbangan tanpa henti antara Phu Quoc dan tiga bandar terbesar di Taiwan—Taipei, Kaohsiung dan Taichung, berjumlah sembilan perkhidmatan Vietnam-Taiwan.
Pada masa yang sama, Vietjet juga telah meningkatkan kekerapan di laluan terus yang menghubungkan Phu Quoc dengan Seoul (Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon) daripada dua kepada tiga penerbangan pergi balik setiap hari bermula 14 Jun lalu.
Mulai 19 Julai, syarikat penerbangan itu akan menggandakan kekerapan penerbangannya antara Nha Trang dan Busan, menawarkan dua penerbangan pergi balik setiap hari.
Dengan pengembangan penerbangan ini, ia bermakna Vietjet menyediakan sehingga 21 penerbangan pergi balik setiap hari, bersamaan dengan 147 penerbangan pergi balik setiap minggu, antara Vietnam dan Korea Selatan.
Langkah strategik ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengembara yang tertarik dengan pantai Vietnam yang menakjubkan, warisan sejarah dan budaya yang kaya serta pengalaman kulinari yang pelbagai.
Pada masa ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan sebelas perkhidmatan langsung yang menghubungkan Bandar Ho Chi Minh, Ha Noi, Da Nang, Nha Trang, Phu Quoc, dan Hai Phong dengan Seoul dan Busan.
Dengan rangkaian Vietjet yang luas di Vietnam, penumpang Malaysia kini mempunyai pilihan penerbangan tambahan ke destinasi Vietnam ini, dengan pilihan transit yang mudah tersedia di Ho Chi Minh City.
Selain meningkatkan kekerapan penerbangan, Vietjet baru-baru ini telah menambah 1.4 juta tempat duduk ke rangkaian penerbangan domestiknya dan melancarkan beberapa laluan antarabangsa baharu.
Untuk meraikan pertambahan laluan ini, Vietjet menawarkan promosi utama pada setiap Jumaat sehingga hujung tahun ini. Penumpang boleh menempah tiket penerbangan antarabangsa melalui www.vietjetair.com atau aplikasi mudah alih Vietjet Air, dengan tambang bermula hanya dari RM 120.
Semua penumpang Vietjet menerima insurans perjalanan SkyCare percuma, memberikan faedah yang luas dan perkhidmatan sokongan perubatan dan perjalanan global 24/7.
Terletak di luar pantai barat daya Vietnam, Phu Quoc terkenal dengan iklim sederhana sepanjang tahun, perairan yang pernih membiru, dan pantai yang panjang memutih, dilengkapi dengan pusat peranginan bertaraf dunia.
Pengembara antarabangsa juga boleh mendapat manfaat daripada skim pengecualian visa Vietnam, membenarkan penginapan sehingga 30 hari di pulau itu.
Nha Trang, yang terletak di perairan tengah selatan Vietnam pula menawarkan gabungan tarikan kebudayaan, aktiviti rekreasi dan makanan laut yang lazat, menjadikannya destinasi kegemaran untuk pengembara tempatan dan antarabangsa. - Getaran, 20 Jun 2024
Foto : Vietjet