web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Mustahil Jadi Seperti Singapura Jika Parti Melayu Berpecah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Mar 2023 7:24AM

Dr Mahathir sebelum ini menyuarakan kebimbangannya Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas PRU-17 kerana ketika ini orang Melayu yang tidak menguasai ekonomi negara dan akan turut kehilangan kuasa politik. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU-17) tidak mustahil boleh berlaku, sekiranya parti politik Melayu terus berpecah.

Penganalisis ekonomi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, ketika ini kuasa politik orang Melayu iaitu kaum majoriti di negara ini, khususnya UMNO semakin terhakis.

Menurut beliau, survival Melayu juga dilihat semakin parah akibat dibelenggu pelbagai krisis sehingga melemahkan penguasaan ekonomi dan juga politik golongan itu.

Dr Abu Sofian Yaacob
Dr Abu Sofian Yaacob

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kita lihat UMNO dengan pendiriannya ‘No Anwar, No Dap (No Bersatu)’. Persepsi itu menyebabkan parti tersebut ditolak rakyat, khususnya orang muda yang lebih bersikap terbuka hari ini.

“Ini berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang lebih inklusif dan mengambil kira suara orang muda. Ini yang rakyat mahukan. Tiada lagi konsep status quo kerana dunia sudah berubah,” katanya kepada Getaran.

Jelas Abu Sofian lagi, pemimpin parti Melayu perlu mengetepikan agenda peribadi dan lebih terbuka dalam berpolitik seiring peredaran zaman selain menolak budaya politik rasuah dan salah guna kuasa.

“Ada betulnya apa dikatakan Dr Mahathir. Ketika ini pun kuasa ekonomi sudah mula hilang, takkan nak lihat kedua-duanya dirampas kaum lain baru mahu bertindak.

“Demi menjaga kepentingan orang Melayu, mesti ada kuasa untuk menidakkan perubahan drastik cuba dilakukan kaum lain atau mempertahankan institusi Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA),” katanya.

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri menyuarakan kebimbangannya Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas PRU-17 nanti.

Beliau berkata, ia kerana ketika ini orang Melayu yang tidak menguasai ekonomi negara turut kehilangan kuasa politik.

Malah katanya, kerajaan hari ini juga mungkin melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan mengurangkan jumlah kawasan pengundi Melayu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berpendapat, nasib orang Melayu di Malaysia boleh diibaratkan seperti melukut di tepi gantang sebagaimana dialami kaum itu di Singapura jika situasi tersebut menjadi kenyataan.

Katanya, sungguh merugikan apabila sikap rakus dan tamak segelintir pemimpin politik Melayu kian melenyapkan penguasaan bangsa majoriti di negara ini.

“Politik orang Melayu semakin berpecah. Kalau dulunya tulang belakang kerajaan dipimpin UMNO, maknanya kuasa ada pada orang Melayu yang terbukti memerintah secara saksama dan boleh bertolak ansur dengan permintaan kaum lain.

“Ketika kemerdekaan, kaum Cina dan India diterima menjadi rakyat Malaysia namun ada beberapa peruntukan harus dihormati menerusi kontrak sosial. Tetapi ia turut dipertikai termasuk hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ma’amor berkata, pemimpin Melayu juga gagal menguasai ekonomi walaupun sedaya upaya menubuhkan Dasar Ekonomi Baharu selepas peristiwa hitam, 13 Mei 1969.

“Penguasaan ekonomi Melayu juga menerusi perbadanan serta agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta syarikat Melayu sudah mula mengucup.

“Ia semuanya berpunca daripada ketamakan kakitangan kerajaan atau ahli politik yang mengamalkan budaya rasuah sehingga menghancurkan bisnes golongan itu,” katanya.

Ujarnya lagi, akhlak dan nilai murni kaum Melayu, khususnya generasi muda masa kini juga kian pudar seiring perkembangan teknologi.

“Dulu, kita jarang dengar orang Melayu buang anak, bunuh diri atau minum arak. Tetapi sekarang ia sudah jadi lumrah. Malah ada laporan menyatakan 65 peratus orang Melayu berumur 17 tahun tidak boleh membaca surah Al-Fatihah manakala 75 peratus sudah melakukan hubungan seks.

“Ini bermaksud politik, ekonomi serta akhlak orang Melayu sudah hancur. Kita gagal menyediakan sumber tenaga manusia yang bagus untuk mengambil alih pentadbiran. Justeru, saya percaya ramalan Dr Mahathir boleh berlaku, melainkan tindakan drastik segera dilakukan,” katanya.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil pula berpandangan sebaliknya mengenai perkara tersebut.

Jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan mampu melindungi politik orang Melayu daripada dikuasai kaum lain.

Bagaimanapun katanya, Malaysia tidak akan keluar daripada kepompong kemiskinan dan kemunduran dari pelbagai aspek sekiranya masih ada parti berimejkan ultra Melayu.

“Kita perlu kembali kepada sejarah, bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan bukan atas dasar negara Melayu tetapi negara majmuk. Ini sudah terbukti sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehinggalah Barisan Nasional (BN), pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Maknanya politik boleh bertahan selama 61 tahun disebabkan negara majmuk. Ia memberi isyarat bahawa kita mesti membangunkan negara bukan hanya untuk kaum majoriti, tetapi untuk rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Pada masa sama, Jamaie berkata, rakyat juga menolak parti ultra Melayu sebagaimana yang berlaku kepada Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) apabila tiada satu kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-15 yang lalu.

“Dr Mahathir memang ultra Melayu, jadi dia akan melihat dari segi kepentingan orang Melayu akan terhakis. Ia boleh dilihat melalui parti (PEJUANG) terakhir beliau bertanding. Ini membuktikan orang Melayu menolak parti sebegini.

“Harus diingat politik negara kita memerlukan kerjasama semua kaum. Walaupun Kelantan dan Terengganu dipimpin Melayu Islam, kita tidak nampak kejayaan mereka meningkatkan ekonomi Melayu. Malah negeri diperintah pemimpin Melayu adalah negeri paling miskin di Semenanjung,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula