web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Terus Meningkat, 6 Daerah Dikenakan PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 May 2021 6:48PM

Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status enam daerah di Selangor kini bertukar apabila diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Ia membabitkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan PKP di enam daerah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19  kebelakangan ini.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Antara SOP yang perlu dipatuhi dalam PKP yang dilaksanakan ini adalah larangan merentas daerah dan negeri, kecuali atas urusan kecemasan.

Operasi premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan dari 6 pagi sehingga 12 malam sahaja.

Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi pula dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam tetapi stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa,” katanya.

Bagi operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang.

Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ketat, namun keputusan untuk meneruskan atau menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia