web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengimport Telur Ayam Tak Terima Subsidi, Dana Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 6:02PM

Jurucakap KPKM memaklumkan, sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam itu, ditanggung sepenuhnya syarikat pengimport - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak memberikan subsidi kepada pengimport telur ayam sepertimana dinikmati pengeluar telur ayam tempatan.

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam itu, ditanggung sepenuhnya syarikat pengimport.

“Perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam itu tidak menggunakan dana awam,” katanya. 

Jurucakap KPKM itu berkata, pada 6 Disember tahun lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar.

Jelasnya, kebenaran itu sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak Oktober tahun lalu.

Susulan kebenaran itu, kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun ini, diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd dan syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan, selain sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022.

Pada masa sama katanya, pihaknya sudah menetapkan protokol import untuk memastikan setiap haiwan dan produknya yang ingin dibawa masuk ke negara ini, mestilah bebas daripada sebarang penyakit boleh memudaratkan tumbuhan, haiwan serta rakyat.

Justeru, katanya, mana-mana syarikat ingin mengimport haiwan dan produknya itu, perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk memastikan negara sumber tersebut tersenarai dalam negara diluluskan.

Ujarnya, bagi negara belum diluluskan, Analisa Risiko Import perlu dijalankan terlebih dahulu.

“Setelah melepasi analisa tersebut dan diluluskan di peringkat kementerian, barulah produk tersebut dibenarkan untuk diimport.

“Mana-mana syarikat yang ingin mengimport boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di: https://www.maqis.gov.my/index.php/permohonan-permit/,” tegasnya.

Selain itu, jurucakap KPKM menegaskan, MAQIS serta DVS sudah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk negara ini secara ujian Hold, Test and Release (HTR), merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih dan bebas daripada segala penyakit.

“Hanya telur ayam yang lepas ujian HTR sahaja dibenarkan masuk ke negara ini. Setakat ini tiada telur ayam diimport gagal ujian ini.

“Kebenaran mengimport telur ayam boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila bekalan telur dalam negara pulih dan stabil,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap KPKM berkata, berdasarkan rekod DVS, sejak Januari lalu, usaha kerajaan perpaduan untuk mengatasi kekurangan bekalan telur ayam dalam negara, mula menunjukkan perkembangan positif.

“Pada Oktober 2022, unjuran kekurangan bekalan telur ayam adalah 118,272,070; manakala 157,543,291 (November 2022), 1,282,094 (Disember 2022), tetapi berlaku pertambahan 160,649,928 (Januari 2023).

“Kerajaan akan sentiasa memastikan langkah proaktif supaya bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi dan terjamin,” katanya. – Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia