web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Sulung MTKB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2021 11:07AM

Muhyiddin Yassin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB), semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri keahlian MTKB terdiri daripada 21 orang menteri kabinet; empat ketua jabatan; dua ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC); tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India, serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Antara tokoh-tokoh tersebut termasuk Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Prof Datuk Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Medeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

Kenyataan itu memaklumkan, MTKB berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Ini termasuk mementukan sasaran, indikator makro dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara, yang akan dirangka secara inklusif serta menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddn hari ini.

Unit penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB.

Tambah kenyataan itu, turut diwujudkan ialah Jawatankuasa Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

4

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia