web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Politik Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:26AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia semalam sepakat supaya kerajaan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan semalam dalam mesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya.

Beliau berkata, majlis itu memandang serius tindakan sesetengah pihak memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara dan kerukunan masyarakat pelbagai kaum.

"Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.

"Semua parti Kerajaan Perpaduan Malaysia bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan Politik Kesederhanaan sebagai asas kesejahteraan serta keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Asyraf berkata, melalui pendekatan politik kesederhanaan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberi tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutama bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang pekerjaan berkualiti dan memastikan kestabilan ekonomi negara.

Beliau berkata, mesyuarat turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu di Selangor.

"Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.

"Penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia akan dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP)," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia