web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Catat Rt Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2021 4:24PM

Dr Noor Hisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 tertinggi di negara ini dengan nilai Rt 1.35 setakat semalam.

Kadar Rt mengikut kes harian di negara ini berada pada tahap 1.07 semalam, dengan 11 negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, hari ini  menunjukkan Terengganu merekodkan Rt harian tertinggi bagi tempoh 7 hari berturut-turut sejak 28 April lalu.

Ia disusuli Kedah dengan (1.28), Melaka (1.24), Perak (1.19), Negeri Sembilan  (1.17), manakala Pahang dan Johor masing-masing merekodkan nilai yang sama iaitu 1.16.

Turut mencatatkan nilai yang sama ialah Selangor dan Pulau Pinang pada 1.12, Putrajaya (1.11), Kuala Lumpur (1.09) dan Kelantan (1.08), kesemuanya melebihi nilai purata kebangsaan iaitu 1.07.

Labuan pula merekodkan Rt terendah, dengan 0.93, manakala Perlis sifar Rt kerana tiada sebarang kes baharu direkodkan.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin besar nilai berkenaan, lebih tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Dr Noor Hisham juga turut berkongsi data yang menunjukkan trend kes harian ketika ini kekal berada pada situasi membimbangkan, dengan jumlah kes baharu terus mencatatkan angka melebihi 3,000 bagi tempoh 4 hari berturut-turut. - Getaran, 5 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia