web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larangan Senjata Api, Pekebun Perlu Dibantu Kekang Ancaman Haiwan Liar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:26AM

Solusi terbaik boleh dikenalpasti jika pihak berkuasa melakukan perjumpaan bersama pemegang taruh agar situasi menang-menang dapat dicapai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi penguatkuasa berkaitan perlu merangka mekanisme atau mencari kaedah terbaik bagi menggantikan larangan penggunaan senjata api dalam kalangan pesawah, peladang dan pekebun.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Mohd Fuad Yaacob berkata, solusi terbaik boleh dikenalpasti jika pihak berkuasa melakukan perjumpaan bersama pemegang taruh agar situasi menang-menang dapat dicapai.

Menurut beliau, kerajaan perlu memandang serius isu tersebut susulan pengusaha tanaman ketika ini terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat gangguan binatang buas.

Mohd Fuad Yaacob - Gambar fail
Mohd Fuad Yaacob - Gambar fail

“Kementerian atau pihak berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) perlu memikirkan pelbagai langkah alternatif bagi menggantikan larangan senjata api kerana binatang buas seperti babi hutan, gangguannya tidak menentu.

“Jadi, mampukah pihak berkuasa mengawal isu terbabit? Sepatutnya perlu ada perbincangan dengan pemegang taruh agar penyelesaian terbaik mampu dilaksanakan. Jika kerajaan masih berdiam diri, masalah tidak akan selesai. Pekebun, khususnya di pinggir hutan atau kawasan pedalaman akan terus menanggung kerugian,” katanya kepada Getaran.

Mohd Fuad berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas (task force) bagi mengawal tanaman daripada ancaman haiwan liar sekiranya sukar memberikan semula lesen senjata kepada pemain industri.

“Kalau kerajaan sendiri pun tidak dapat cari kaedah lain, teruskan semula penggunaan senjata api tetapi dengan kawalan serta syarat tertentu. Namun jangan sampai ia disalahguna golongan terbabit.

“Jika tidak, pemain industri yang akan menanggung risiko. Jadi, kerajaan perlu cadangkan beberapa alternatif lain sekiranya tidak mahu senjata api digunakan mereka,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,010 lesen pemilikan senjata api jenis raifal, dibatalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh tiga tahun bermula 2020, dalam usaha mengekang aktiviti pemburuan haram.

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman
Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pembatalan itu dibuat berikutan raifal adalah senjata api paling kerap digunakan dalam kalangan pemburu haram.

Tindakan membatalkan lesen pemilikan senjata api bagi mengekang aktiviti pemburuan haram diumumkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 2020, yang ketika itu memaklumkan ia dibuat secara berperingkat.

Selain itu, katanya, polis turut menghentikan kelulusan syarat berburu bagi pemohon lesen senapang baharu.

Namun keputusan itu dikritik pelbagai pihak, khususnya pengusaha tanaman berikutan Abdul Hamid hanya mencadangkan untuk menghalau binatang tanpa memberikan langkah alternatif.

Ketika ini, ramai pengusaha tanaman terpaksa menanggung kerugian berikutan larangan penggunaan senjata walaupun pelbagai kaedah digunakan seperti memasang pagar elektrik.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan berkata, kerajaan tidak boleh mengharamkan penggunaan senjata api dalam kalangan pengusaha tanaman susulan wujud keperluan mendesak untuk ia digunakan, khususnya di kawasan pedalaman serta pinggir hutan.

“Tidak perlu diharamkan tetapi kerajaan perlu meneliti sekiranya pemain industri memang amat memerlukan senjata api untuk menjaga tanaman mereka daripada binatang buas.

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu melakukan libat urus dengan pemegang taruh, mungkin ada kawasan tertentu berdekatan hutan sememangnya memerlukan senjata api,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini PKPKM tidak menerima sebarang rungutan daripada ahlinya mengenai kesukaran memohon lesen senjata api bagi melindungi tanaman mereka daripada ancaman binatang buas.

“PKPM tiada pengalaman dalam isu ini, tetapi kalau ada keperluan, permohonan itu boleh dilakukan oleh pekebun atau peladang. Namun syaratnya perlu diperketat agar ia tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Apa yang membimbangkan, kita takut mereka akan melanggar undang-undang. Sebagai contoh, mereka gunakan senjata itu untuk memburu haiwan dilindungi seperti termaktub di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi  - Gambar fail
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi - Gambar fail

Sementara itu, aktivis masyarakat, Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi pula berpendapat, pihaknya bersetuju dengan tindakan polis membatalkan lesen pemilikan senjata api bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, khususnya perbuatan jenayah.

Jelasnya, ini kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mana keupayaan mereka untuk mengawal emosi masih berada pada tahap sederhana.

“Pembatalan lesen senjata adalah tindakan wajar dilakukan pihak berkuasa. Pastinya mereka sudah membuat kajian mengapa ia tidak diberikan kepada orang awam.

“Kemudian, perbuatan tidak disengajakan boleh berlaku jika emosi pemilik senjata tidak stabil,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti itu turut berharap agar agensi berwajib, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membisu terhadap isu berkenaan bagi memastikan tindakan drastik dapat dilakukan.

“Bagi agensi berwajib yang menguruskan pengusaha tanaman, perlu ambil serius perkara ini kerana ia melibatkan mata pencarian mereka. Apakah penyelesaian mampu dilakukan bagi menggantikan penggunaan senjata api?

“Mungkin kerajaan boleh beri bantuan dana untuk mereka buat pagar atau menggunakan orang tengah dalam kalangan agensi penguatkuasa untuk memantau aktiviti haiwan liar. 

“Hakikatnya, penggunaan senjata api tidak boleh dibuat main, sebab itulah kerajaan ambil pendekatan sedemikian kerana takut ia akan disalahgunakan pihak tertentu,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kegagalan Kontraktor Bekal Senjata Api, KDN Rugi Lebih RM6 Juta - LKAN

4

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Tembakan Di Siam Paragon : Thailand Perkenalkan Langkah Kawalan Senjata Diperketatkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia