web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harap Jangan Kaitkan Saya Dengan Mana-Mana Parti Politik – Syed Mokhtar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 9:47PM

Syed Mokhtar Al-Bukhary - Gambar dari Facebook Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Yayasan Al Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary meminta supaya namanya tidak dikaitkan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan yang membawa maksud sama.

Menurut Syed Mokhtar, beliau ialah ahli perniagaan yang sudah lebih 40 tahun terbabit dalam bidang berkenaan.

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak "mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Syed Mokhtar ada memberikan sumbangan kewangan kepada parti-parti politik selama berpuluh tahun termasuk parti politik pemerintah.

Susulan itu, katanya, tidak salah jika taikun perniagaan itu ingin memberikan sumbangan kepada BERSATU sebagai parti yang memperjuangkan dasar yang baik untuk orang Melayu dan negara.

Pada masa sama, Muhyiddin mendakwa tidak ada satu sen sumbangan politik diberikan kepada beliau untuk kegunaan peribadi.

Beliau menjelaskan sebarang sumbangan politik yang diterima BERSATU disalurkan terus ke akaun parti, bukannya akaun peribadi beliau.

“Jika ada sumbangan daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, ia adalah sumbangan politik yang dimasukkan terus ke akaun BERSATU dan bukannya dalam akaun saya.

“Satu sen pun daripada sumbangan tersebut tidak diberikan kepada saya untuk kegunaan sendiri,” dakwanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berhadapan enam pertuduhan, iaitu empat membabitkan dakwaan menerima suapan berjumlah RM232.5 juta manakala dua lagi pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden BERSATU telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai Perdana Menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan. 

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai Presiden BERSATU telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti itu. - Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia