web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiket Tren ETS Tambahan Sempena Raya & Hari Pekerja Boleh Dibeli Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini.

KTMB dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tambahan perkhidmatan ETS melibatkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya serta laluan KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya pada 19 hingga 25 April.

Jualan tiket ETS tambahan akan mula dijual pada jam 10 pagi hari ini.

Tren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 13,860 tiket yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh tersebut.

Perkhidmatan tren ETS tambahan bagi kedua-dua laluan itu melibatkan 14 perkhidmatan dengan masing-masing menawarkan 4,410 tiket.

“Sementara itu, perkhidmatan tren tambahan sempena Hari Pekerja yang melibatkan 16 perkhidmatan akan bermula pada 28 April hingga 1 Mei dengan jumlah tiket ditawarkan sebanyak 5,040,” menurut kenyataan KTMB itu.

Tiket sedia ada yang telah ditawarkan pada tarikh-tarikh itu adalah sebanyak 109,890.

KTMB memaklumkan jadual ETS tambahan pada 19 April waktu berlepas bagi sektor KL Sentral ke Padang besar adalah jam 11 pagi (Padang Besar-KL Sentral) dan 5.05 petang (KL Sentral-Padang Besar) manakala sektor KL Sentral ke Butterworth pula pada  jam11.40 pagi (Butterworth-KL Sentral) serta 4.40 petang (KL Sentral-Butterworth).

Para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan dan mengelakkan daripada kehabisan tiket.

“Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket secara dalam talian dan melihat jadual tren disediakan melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas,” menurut KTMB.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau saluran media sosial rasmi KTMB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia