web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UAI Pandang Siling, Itu Hanya Masalah Teknikal Sistem Audio Masjid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 12:36PM

Azhar Idrus - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kejadian pelik ataupun perkara mistik boleh dikaitkan dengan gelagat pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang memandang siling ketika berceramah pada 7 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan seorang jemaah yang turut bersama mendengar kuliah agama UAI di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu. 

Jemaah terbabit, Mohd Saifuddin berkata, tiada perkara misteri yang timbul sebenarnya sehingga wujud pelbagai dakwaan dan kritikan ke atas UAI. 

Katanya, renungan Azhar ketika itu adalah disebabkan beliau mendengar gangguan teknikal kepada pembesar suara, yang menimbulkan ketidakselesaan kepada semua tetamu.

"Saya antara yang hadir duduk di sebelah meja kuliah UAI. Waktu awal ceramah, ada gangguan pada sistem audio, iaitu ia akan mengeluarkan bunyi yang tidak selesa seperti mana kalau kita menghidupkan mikrofon secara serentak.

"Kalau tak silap ada pembesar suara utama masjid terletak di atas kepala UAI. Jadi, memang tidak selesa nak mengajar bila ada bunyi itu.

"Kemudian, (lepas pandang ke atas) barulah ada ahli jawatankuasa (AJK) masjid menutup mikrofon lagi satu selepas perkara itu disedari," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sehubungan itu, Mohd menyeru agar prejudis dan spekulasi buruk terhadap UAI dihentikan, khususnya oleh masyarakat awam. 

"Saya mengharapkan agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang andaian terhadap apa yang telah dilakukan oleh UAI. 

"Mungkin ada sebab tersendiri dia pandang ke atas tanpa memberi alasan beliau melakukan tindakan itu. Kemungkinan ia adalah untuk menghormati AJK masjid yang telah melakukan kesilapan teknikal terhadap sistem audio," katanya. 

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat yang memaparkan penceramah terkenal itu telah memandang ke atas tanpa memberikan sebab kepada jemaah masjid. 

Berdasarkan video tersebut yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @happysokmOo, UAI ketika itu sedang menghuraikan sifat Allah SWT.

Secara tiba-tiba, mata penceramah tersebut melirik ke atas seperti sedang melihat sesuatu dan berjeda selama beberapa saat, sebelum kembali meneruskan ceramah. 

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diutarakan oleh netizen, namun majoriti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pendakwah berkenaan. 

Azhar sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan. - Getaran, 25 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Guna Artikel 4 Tahun Lepas, Lagi Cubaan Burukkan Kerajaan Dikesan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia