web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Artikel 4 Tahun Lepas, Lagi Cubaan Burukkan Kerajaan Dikesan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 9:03AM

Artikel empat tahun lepas yang digunakan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada pihak dikesan sengaja mengambil kesempatan menyuburkan naratif kebencian terhadap kerajaan ketika isu Ashabul Kahfi sedang rancak diperkatakan.

Menggunakan laporan berita yang diterbitkan empat tahun lalu, modus operandi mereka ialah mewujudkan senario seolah-olah kerajaan sengaja menimbulkan konotasi negatif melibatkan golongan pendakwah.

Ia menyebabkan perbalahan mula tercetus, khususnya di media sosial apabila orang ramai mendakwa pimpinan kerajaan memusuhi barisan agamawan.

Pemerhatian Getaran mendapati, laporan berita dimaksudkan diterbitkan oleh Harian Metro pada 22 November 2019 dan dilapor semula sebuah portal lain.

Ia kembali ditularkan sejak beberapa hari lalu susulan isu Ashabul Kahfi membabitkan pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini.

Tindakan tersebut menyebabkan keadaan semakin ‘panas’, apabila pelbagai pihak bingkas membela UAI.

Tanpa menyelidik secara terperinci artikel dimaksudkan, mereka pantas mendakwa ia adalah cubaan Pakatan Harapan (PH) untuk mencemarkan imej dan nama baik UAI.

Seorang individu dikenali sebagai Hafiz Al Zafarani berkata, usaha menggambarkan UAI sebagai penceramah selebriti yang mengenakan harga hingga RM40,000 itu adalah perbuatan menjijikkan. 

Katanya, dia pernah menjadi penganjur program bersama UAI dan pendakwah terbabit serta pembantu peribadinya tidak pernah menyebutkan sebarang harga.

“Jika ditanya, biasa-biasa orang bagi berapa, mereka tetap menjawab tiada ketetapan harga. Terpulang pada penganjur.

“Ketika ditanya tentang flight dan hotel, mereka memaklumkan bahawa mereka akan uruskan sendiri. Ini zaman manusia menghalalkan fitnah untuk tujuan sendiri. Semoga kita semua dilindungi,” katanya seperti dipetik akaun MyNewsHub.

Menjengah ke ruangan komen, MyNewsHub tidak ketinggalan menerima ‘tempias’ apabila beberapa netizen mempersoalkan tindakan pengendali akaun itu.

Anonymoussacoun misalnya berkata, dia hairan bagaimana artikel berkenaan boleh digunakan untuk memfitnah PH sedangkan ia adalah laporan yang sudah lama diterbitkan.

“Bukan ke ni artikel tahun 2019? Macam mana boleh cakap PH yang fitnah sedangkan ni artikel lama?” soalnya.

Pendapat senada dilahirkan Martine Joe yang kesal laporan seumpama itu dipergunakan untuk mengadu domba.

“Apa motif berita empat tahun lepas nak di up balik? Nak buat masyarakat berbalah lagi ke,” katanya, kesal.

Hariri Din pula berkata, akaun terbabit kerap kali memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai ‘pelik’.

“Artikel tahun bila ni? Dan aku tengok komen, byk kondem (condemn) PH. Apesal nisbahkan artikel ni mcm org PH yang buat?

“Sebut pasal fitnah kan, page kau ni byk kali tau buat cerita pelik-pelik,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad