web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Terbuka Adakan Perbincangan Semula Pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 3:06PM

Anwar Ibrahim ketika ziarah Masjid al-Nabawi, Madinah - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Menurutnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah penutupan operasi pusat berkenaan sebelum ini yang dibuat tanpa rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.

“Mana-mana kerajaan berhak atau boleh mencadangkan penutupan, tetapi dengan sahabat (Arab Saudi) harus ada rundingan, harus ada notis, harus ada perbincangan. Ini nampaknya tidak dijalankan. 

“Jadi saya tidak boleh pertahankan cara gopoh penutupan inisiatif tanpa berunding dengan pihak terlibat,” katanya dalam sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi, di sini, pada Jumaat. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan di bawah pentadbirannya bercadang menghidupkan kembali cadangan pembinaan premis kekal pusat itu di Putrajaya.

KSCIP diilhamkan selepas kunjungan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017 serta penyertaan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak di Riyadh yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Anwar berkata beliau secara peribadi telah menzahirkan kepada pemimpin Arab Saudi dan wakil mereka sebelum ini bahawa beliau tidak mendukung tindakan sedemikian.

“Apakah perlu mereka kemukakan semula. Kita terbuka untuk berbincang. Menetapkan peraturan dan kaedah yang wajar,” katanya.

Anwar dan delegasi mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi dan berlepas ke Kuala Lumpur daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz pada 12.30 pagi Sabtu waktu tempatan.

Beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja 27 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia