web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid Negeri, Bandar Dan Jajahan Dibenar Laksana Semua Jenis Solat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:01PM

Masjid di seluruh Kelantan dibenarkan laksana solat Jumaat, fardhu dan tarawih mulai hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua masjid bandar, jajahan dan negeri di seluruh Kelantan dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat, fardu dan tarawih berkuat kuasa hari ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, masjid mukim di jajahan Gua Musang juga dibenarkan menunaikan semua ibadat berkenaan.

Katanya, ia berikutan kes COVID-19 di jajahan Gua Musang yang menunjukkan penurunan.

"Jemaah di kesemua masjid ini dibenarkan dengan 70 peratus daripada kapasiti selepas penjarakan dan perlu berada dalam saf dengan penjarakan dua meter. 

“Kebenaran ini adalah bagi memberi peluang kepada kaum muslimin dan muslimat untuk beribadat di masjid pada hari-hari terakhir Ramadan,” katanya di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam berkata, aktiviti selain solat seperti tazkirah, tadarus Al Quran dan beriktikaf di masjid bagaimanapun tidak dibenarkan.

Beliau bagaimanapun berkata, semua masjid mukim selain jajahan Gua Musang, surau dan musolla di Kelantan masih ditutup untuk semua aktiviti.

Katanya, imam tua, imam muda, bilal dan siak dikehendaki hadir bertugas untuk solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih di masjid, surau dan musolla masing-masing.

"Semua arahan ini berkuatkuasa hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini. 

"Prosedur operasi standard (SOP) hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan dan tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP," katanya. – Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 1 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia