web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2023 4:06PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan saksi sudah memberi keterangan kepada polis berhubung kes anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang didakwa mengasari warga emas ketika operasi menangkap anjing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, beberapa pihak dan individu sudah dipanggil termasuk orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan.

“Kita dalam proses melengkapkan siasatan dan akan dimajukan kepada pejabat pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, The Vibes melaporkan insiden membabitkan seorang warga emas dan anjing peliharaan yang didakwa diserang pegawai MBPJ, sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, seorang penduduk kawasan berkenaan menceritakan mengenai insiden terbabit yang dikatakan berlaku pada waktu malam beberapa hari lalu.

Ia dikatakan berlaku di Jalan 18/17 Taman Kanagapuram dan penduduk mendakwa, kira-kira enam hingga tujuh pegawai MBPJ ‘menyerang seorang lelaki tua’.

Rentetan penularan video tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menuntut penjelasan MBPJ berhubung tindakan pegawainya yang dikatakan memukul seorang warga emas dalam insiden tersebut.

Katanya, surat rasmi itu ditujukan kepada Unit Integriti MBPJ untuk tindakan mereka agar situasi berkenaan tidak berulang pada masa depan.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) itu semasa menjalankan operasi menangkap anjing.

Sementara itu, MBPJ dalam kenyataan balas kepada dakwaan itu berkata, siasatan secara terperinci akan dijalankan mengenai insiden terbabit.

Malah, katanya, MBPJ sudah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Berkongsi Rezeki Di Pagi Hari

4

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Anjing Lumpuh Perlu Bantuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia