web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Telur Masih Stabil, Jika Tiada Hanya Kes Terpencil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:07PM

Sekiranya terdapat masalah bekalan telur ayam, ia hanyalah kes terpencil dan membabitkan beberapa lokasi tertentu - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di seluruh negara adalah mencukupi dan konsisten.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu disahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang memaklumkan bekalan barang mentah terbabit masih stabil.

Menurut beliau, sekiranya terdapat masalah bekalan telur ayam, ia hanyalah kes terpencil dan membabitkan beberapa lokasi tertentu.

“(Jadi) Sekiranya (tiada bekalan telur) berlaku, segera maklumkan kepada kita (KPDN) agar pihak penguatkuasa boleh bertindak.

“Namun bekalan telur setakat ini masih stabil di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Bazar Rahmah Ramadan (BRR) peringkat kebangsaan di Presint 14 di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia mengakui berlaku kekurangan bekalan telur ayam di negeri itu.

Beliau berkata, keperluan telur ayam di negeri itu adalah sebanyak sejuta sehari, tetapi bekalan diterima hanyalah 600,000 sehari.

Bagaimanapun, katanya, berlaku kekurangan bekalan telur ayam sebanyak 33 peratus pada bulan Ramadan yang bermula sejak Khamis lalu.

Saharuddin turut mengesahkan permintaan telur ayam yang semakin meningkat sejak Khamis lalu turut menyumbangkan kepada kekurangan bekalan bahan mentah itu.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mewujudkan pasar raya Rahmah, Salahuddin berkata, idea tersebut tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya, sebaliknya ia akan melalui proses libat urus antara pelbagai pihak terutama penggiat industri.

Katanya, setiap program dan inisiatif Rahmah termasuk menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Jualan Rahmah dilaksanakan selepas melalui proses libat urus.

“Perkara sama juga akan dilakukan membabitkan pasar raya Rahmah, di mana libat urus akan dilakukan bersama penggiat industri. InsyaAllah (akan menjadi kenyataan) sebagaimana saya lakukan terhadap produk perbankan dan insurans yang menampakkan keberhasilan. 

“Kita sedang menuju tahap yang kedua dari segi segmen insurans dan kita akan lancarkan dengan kadar segera,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengkritik idea pasar raya Rahmah dan berpendapat ia mungkin tidak akan berjaya dilaksanakan seperti program yang pernah dicadangkan oleh KPDN.

Salahuddin berkata, beliau bagaimanapun melihat inisiatif Rahmah yang dimulakan sejak dua bulan lalu semakin mendapat sambutan dalam kalangan peniaga dan rakyat.

“Tetapi, jangan salah anggap kononnya KPDN memandang sepi mana-mana premis yang tidak mengadakan inisiatif Rahmah, sebenarnya tidak. Kita sangat mengalu-alukan dan sebagai Menteri KPDN, saya mahu ekonomi tempatan berkembang dengan cepat. 

“Juallah dengan harga apa pun, itu tidak menjadi masalah asalkan mereka menepati (harga) dan tidak berlaku pencatutan dan mengambil untung berlebihan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN akan mengumumkan harga maksimum barangan kawalan sempena sambutan Aidilfitri dalam tempoh dua minggu lagi.

“Apa yang penting, rakyat dapat berbelanja dengan gembira. Jadi, saya akan umum (harga maksimum kawalan) dua minggu lagi termasuk dengan (harga) barangan asas,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

4

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Hospital Di Semenanjung Gaza Pada Tahap Kritikal - WHO

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia