web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nasi Ayam Cekik Darah Antara 99 Aduan Kenaikan Harga Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:34PM

KPDN akan sentiasa memantau harga makanan dan mengambil pendekatan dengan memberi nasihat, bukannya mendenda serta merampas barang yang dijual - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 99 aduan berkaitan kenaikan harga makanan di bazar Ramadan dalam tempoh lima hari umat Islam berpuasa.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan di bazar Ramadan seluruh negara setiap hari bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.

Menurut beliau, pemantauan turut dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan orang ramai membuat aduan sekiranya kualiti makanan dijual pemilik premis bazar perniagaan tidak memuaskan.

“Kita hanya menerima 99 aduan setakat ini. Saya tiada mendengar ada harga melampau kecuali ada kes nasi ayam berempah dijual sehingga RM15.

“Tapi apabila pegawai menyiasat kes itu, gerai terbabit telah ditutup kemungkinan selepas mendapat kritikan. Ikutkan paling tinggi (harga) RM9, kalau RM15 itu saya anggap sangat terpencil,” katanya kepada media ketika ditemui di Bazar Rahmah Ramadan (BRR) di Presint 14 di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, KPDN akan sentiasa memantau harga makanan dan mengambil pendekatan dengan memberi nasihat, bukannya mendenda serta merampas barang yang dijual.

“Berniagalah dengan baik, semua orang mahu mencari rezeki,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pembeli meluahkan rasa kecewa apabila membeli nasi ayam berempah yang tidak sepadan dengan harga RM15 sebungkus di sebuah bazar Ramadan di Seri Kembangan.

Harga yang dikenakan itu disifatkan tidak masuk akal kerana ayam berempah tersebut bukan bersaiz besar manakala begedilnya cuma besar sedikit daripada duit syiling 50 sen lama serta tempe pula panjangnya tidak sampai sejengkal.

Dalam perkembangan berasingan, Salahuddin berkata, sebanyak 38 lokasi BRR dilancarkan di seluruh negara, menyajikan pelbagai juadah di bawah harga RM5 dengan menu berkualiti untuk pengunjung bagi persediaan berbuka puasa.

“Hari ini terdapat lebih kurang 148 gerai di BRR Putrajaya dan hampir 48 peratus gerai mereka menawarkan menu Rahmah dan menggunakan inisiatif pembayaran tanpa tunai.

“BRR adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan,” katanya.

Jelas beliau, ini termasuklah menggalakkan peniaga menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang berteraskan Menu Rahmah kepada pengunjung yang datang ke bazar Ramadan pada tahun ini.

Katanya, antara kriteria BRR ialah sebahagian peniaga menawarkan Menu Rahmah, lokasi yang menjadi tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan kadar sewa Rahmah serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti. 

“Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara KPDN dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa membabitkan sebarang implikasi kos kepada kerajaan,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia