web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Alami Tekanan Perasaan Maut Dengan Kesan Kelaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 4:19PM

Polis tiba di lokasi di mana seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kelar di Taman Nira, Batu Pahat, semalam. - Gambar Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur kelmarin, seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, ditemui maut dengan beberapa kesan kelar di lehernya, semalam. 

Lelaki berusia 32 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah bilik dekat rumah mereka di Taman Nira di sini. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan lelaki berkenaan pada kira-kira 4.30 petang semalam, sebelum pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca insiden itu dengan bantuan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. 

"Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam sebuah bilik di tempat kejadian dengan beberapa kesan kelaran di leher, bersama sebilah pisau berhampiran.

"Siasatan awal mendapati, tiada sebarang kesan pecah masuk ke dalam rumah ditemui atau barang yang hilang dari rumah berkenaan," katanya. 

Menurut Ismail, siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur baru pulang ke rumah keluarganya itu di sini, kelmarin. 

Katanya, mangsa dihantar pulang oleh dua orang rakannya dan kali terakhir ibu dan bapa mangsa melihat anak mereka adalah pada tengah hari semalam ketika kedua-duanya hendak keluar bekerja. 

"Tiada ahli keluarga lain di rumah ketika kejadian.

"Keterangan awal diperoleh daripada keluarga mengesahkan mangsa pernah mengadu mengalami tekanan perasaan dan mengambil ubat penenang," katanya. 

Jelas Ismail, pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebelum mereka mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Setakat ini katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti punca kematian, selain meneruskan siasatan lanjut. – Getaran, 7 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia