web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Imbas Kenangan Menuntut Di Sekolah Izzudin Shah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 7:03AM

Ahmad Zahid menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak 2023 di Sekolah Izzudin Shah semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengimbau pengalamannya ketika menuntut di tingkatan lima di Sekolah Izzudin Shah, di sini pada 1970.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dalam ucapan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan yang berlangsung di sekolah itu berkata ketika menuntut, beliau diajar oleh guru yang hanya berkelulusan lepasan tingkatan lima dan belajar dalam suasana serba kekurangan.

“Tetapi guru tetap guru, kerana kami menghormati guru, sekolah ini melahirkan ramai tokoh yang mengharumkan nama negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata antara tokoh yang dilahirkan oleh Sekolah Izzudin Shah ialah ahli akademik, penyelidik dan penulis Prof Bukhari Lubis dan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Allahyarham Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil yang juga bapa kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ahnad Zahid yang kemudian meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf Sekolah Izzudin Shah mahu sekolah itu setaraf dengan sekolah agama terkenal yang lain.

“Ketahuilah saya ialah produk sekolah ini, jika ada apa-apa kekurangan, dengan keterbatasan saya akan cuba memberikan yang mampu bagi memastikan sekolah ini juga sehebat sekolah yang lain,” katanya.

Sekolah Izzudin Shah merupakan lokasi ketujuh dari 13 negeri bagi Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang bermula pada 24 Mac dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak, Selangor.

Majlis itu dihadiri hampir 1,500 orang terdiri daripada anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada 140 anak yatim dan tahfiz. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 3 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad