web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Beberapa Negeri Mungkin Rasa Gegaran - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Beliau berkata gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras di sini.

Menurut jurucakap JBPM KL, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Di Pahang, Johor Sehingga 14 Januari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia