web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MB Nafi PKP Dilaksana Di Kuantan Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 10:50AM

Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk PPR Pak Mahat, Kuantan pada Program Bubur Lambuk Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional negeri di PPR Pak Mahat, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - "Berita macam ini apabila tersebar memang menyusahkan, jadi saya nasihatkan orang ramai janganlah dengar dan terpengaruh dengan berita yang tidak betul ini.

"Tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan (Persekutuan)," demikian komen Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditanya mengenai penyebaran pesanan WhatsApp kononnya daerah Kuantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini. 

Beliau berkata, penyebaran pesanan melalui aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu adalah tidak benar dan meminta penduduk di daerah ini lebih berhati-hati dalam menerima maklumat, terutamanya melalui media sosial. 

"Penyebaran (berita tidak tepat) biasanya dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya nasihatkan orang ramai tidak terperdaya dengan berita berkenaan. 

"Setakat ini, kita (kerajaan negeri) hanya mencadangkan tindakan yang sepatutnya diambil jika perkembangan (peningkatan kes COVID-19) berterusan dan apa sahaja keputusan adalah bertujuan memastikan keselamatan penduduk," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Perpaduan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pak Mahat, dekat sini, semalam. 

Program anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pahang itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Menteri Perpaduan, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin. 

Sehingga tadi, sebanyak 78 kes baharu direkodkan di Pahang membabitkan Kluster Lorong Galing, Mahkota Height, Tanah Putih Baru (Kuantan); Kluster Raub Jaya di Raub dan hasil saringan kontak rapat, bergejala dan saringan pra-pekerjaan. 

Sebanyak tiga daerah iaitu Kuantan, Bentong dan Raub masih dikategorikan sebagai zon merah dengan jumlah kes aktif dan positif melebihi 41 kes. 

Penyebaran pesanan WhatsApp mengenai kononnya daerah Kuantan bakal dikenakan PKP mula tersebar semalam dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk di daerah ini. 

Berdasarkan kandungan pesanan WhatsApp itu, pelaksanaan PKP di Kuantan dikatakan akan bermula hari ini sehingga 22 Mei nanti. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Rosdy meminta orang ramai menunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tidak mempercayai berita dari sumber yang tidak sahih. 

"Sebarang keputusan dan pengumuman hanya boleh dibuat oleh Menteri berkaitan dan ia berdasarkan penilaian risiko oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), jadi kita tunggulah pengumuman rasmi. 

"Memang kalau kita tengok kepada jumlah kes (positif) COVID-19 di Kuantan meningkat, tapi seperti yang saya umumkan sebelum ini, kerajaan negeri akan melakukan sesuatu jika keadaan ini (peningkatan kes) tidak berubah," katanya. – Getaran, 8 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia