web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah Bernilai RM227,914

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 2:18PM

Mohd Shuhaily (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang merupakan penagih dan pengedar tegar dadah sebelum merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM227,914 dalam dua serbuan di Air Itam dan Jelutong di sini pada Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu kawasan parkir sebuah apartment di Air Itam pada 12.30 tengah hari dan menahan lelaki berusia 52 tahun itu.

“Pemeriksaan ke atas lelaki itu, polis merampas 100 keping aluminium foil yang mengandungi 1,000 biji pil eramin 5 bernilai RM8,000 di dalam beg silangnya dan dipercayai suspek ketika ditahan mahu menghantar dadah tersebut kepada pembelinya.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Jelutong pada 4 petang dan merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 4,502 gram (g), heroin (982g), ganja (43.3g), ketamin (87.5g), serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)(1,317g), 850 biji eramin 5, ekstasi (1,400 biji) dan pil kuda (800 biji),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan lelaki itu menjadikan rumahnya di Jelutong sebagai tempat untuk dia menyimpan dan membungkus semula dadah yang dijualnya.

Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu mendapatkan bekalan dadah daripada pelbagai sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual untuk pasaran tempatan.

Katanya lelaki yang  mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu boleh dikatakan seperti “kedai serbaneka” menjual dadah kerana dia boleh dikatakan memiliki semua jenis dadah yang dijual di pasaran.

“Lelaki itu dipercayai menjual dadah tersebut di pelbagai lokasi mengikut jenis dadah contohnya seperti pil dan MDMA dijual di pusat hiburan sekitar negeri ini kerana mendapat permintaan tinggi pelanggan di situ.

“Berdasarkan siasatan kami juga mendapati rekod lampau suspek sejak 2014 dan kali terakhir dia dikenakan hukuman pada 2019 di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, lelaki itu memang penagih dan pengedar dadah tegar serta beberapa kali dikenakan hukuman penjara,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu kini direman selama enam hari hingga 9 April bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya semua dadah itu boleh digunakan 31,060 penagih dan susulan penahanan lelaki itu polis menyita sebuah motosikal serta sebuah kereta yang kedua-duanya bernilai RM37,500 dan wang tunai sebanyak RM2,010.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata polis Pulau Pinang meluluskan 246 permohonan menjual bunga api di negeri itu setakat ini iaitu 61 di daerah Seberang Perai Tengah, 45 di Timur Laut, 28 di Barat Daya, 12 di Seberang Perai Selatan dan 100 di Seberang Perai Utara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia