web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Disyaki Langgar Lari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:36PM

Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Gambar ihsan Polis Temerloh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (KM) 122 Jalan Kuala Lumpur Kuantan, Temerloh, semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 8.30 malam semalam, membabitkan sebuah motosikal, kenderaan pelbagai guna (mpv) serta sebuah kenderaan lain. 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas mangsa yang berusia 34 tahun itu dilanggar dari bahagian belakang oleh MPV terbabit ketika sedang memasuki simpang berhampiran Kampung Paya Jauh, Temerloh. 

"Akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak ke laluan bertentangan. Ketika cuba bangun, dia telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih tidak dapat dikenal pasti dari arah bertentangan. 

"Ia menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kenderaan yang melanggar itu pula telah meninggalkan lokasi kejadian sebelum pihak polis tiba," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mohd Azhar berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

"Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Temerloh, Inspektor Thuvanesvari di talian 09 2716086," katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Azhar menasihatkan masyarakat agar sentiasa peka dan lebih berhati-hati ketika memandu di jalan raya. 

"Semua pihak perlu mematuhi segala peraturan dan papan tanda jalan raya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia