web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Santuni Asnaf Di Pekan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 8:34PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada Majlis Pengurniaan Sumbangan kepada Asnaf dan Miskin Tanah Kesultanan Pekan di Istana Mangga Tunggal hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan di sini.

Turut berangkat ke majlis yang diadakan di pekarangan Istana Mangga Tunggal di sini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 116 individu yang turut menerima kuih raya serta bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa menyantuni para penerima dengan bertanya khabar serta menzahirkan ucapan selamat berpuasa.

Seorang penerima, Abdul Moris Zahari, 69, berkata dia amat menghargai kurniaan baginda yang akan digunakan untuk membeli kerusi roda.

“Kerusi roda sedia ada telah rosak dan sumbangan ini memang rezeki untuk beli yang baharu kerana saya ada masalah saraf tunjang selepas terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motosikal empat tahun lepas,” katanya.

Bekas petugas Kelab Polo Diraja Pahang di sini, Ismail Abdul Majid, 64, pula berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membuat persiapan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

“Alhamdulillah dalam bulan Ramadan terima kurniaan ini... malah berasa terharu apabila baginda turut bertanya khabar dan masih mengingati saya kerana sering bertemu di kelab polo dahulu,” kata bapa kepada empat anak itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia