web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Had Usia Teksi, E-Hailing Dilanjutkan Kepada 15 Tahun - Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 3:14PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di negara ini, dilanjutkan kepada 15 tahun, berbanding 10 tahun sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perlanjutan tersebut terpakai bagi kenderaan jenis itu di semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

“Dengan ini, kerajaan membenarkan kenderaan yang telah mencapai had usia 10 tahun sebelum ini tetapi di bawah 15 tahun, terus beroperasi,” katanya pada sidang media, hari ini.

Loke bagaimanapun berkata, pemandu masih perlu mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan melalui pemeriksaan kenderaan rutin atau tahunan.

Susulan itu, had usia kenderaan untuk permohonan lesen yang berkaitan dihadkan pada 14 tahun, setahun sebelum kenderaan mencapai had usia maksimum 15 tahun.

Dasar itu, kata Loke, adalah untuk meringankan beban pemandu yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan perintah sekatan pergerakan sebelum ini.

“Jika had 10 tahun itu dikekalkan, ramai pemandu terpaksa menanggung kos yang besar untuk membeli kenderaan baharu melalui pinjaman walaupun tidak memperoleh pendapatan yang stabil,” katanya.

Sebagai tambahan kepada dasar ini, Loke juga mengumumkan syarat yang lebih santai untuk memohon lesen memandu vokasional.

Ini termasuk membenarkan kelas teori dalam talian dan menghapuskan peperiksaan teori. - The Vibes, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka