web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Stesen LRT Dibuka Seperti Biasa - Kementerian Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2021 11:50AM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun semua perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal disenaraikan di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), operasi kesemua premis berkenaan berjalan seperti biasa.

Ia sedikit sebanyak bercanggah dengan kenyataan dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini bahawa semua premis yang tersenarai dalam sistem HIDE, termasuk tiga stesen LRT perlu ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan berkata, penutupan itu hanya membabitkan semua premis perniagaan yang terletak di stesen berkenaan.

Tiga stesen terbabit yang dikenal pasti antara kawasan berisiko adalah stesen KLCC, Masjid Jamek dan KL Sentral.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting bagi negara, terutama bagi petugas barisan hadapan walaupun semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semua stesen pengangkutan awam perlu sentiasa dibuka bagi tujuan pemindahan atau penghantaran bekalan penting sekiranya berlakunya kecemasan.

“Kerajaan menggunakan sistem amaran baru yang dapat membuat ramalan jika sesuatu kawasan atau premis akan menjadi titik panas penularan,” katanya.

Perkara itu dilakukan menerusi pengesanan kontak ke depan dan belakang yang dipacu oleh analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI).

Semalam kerajaan memaklumkan lokasi disenarai dalam HIDE hanya perlu melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pematuhan SOP yang lebih ketat.

Bagaimanapun, MKN kemudian memaklumkan premis yang dikenal pasti oleh HIDE perlu ditutup serta merta selama tiga hari.

Kekeliruan turut timbul pada malam tadi apabila MKN menyiarkan infografik yang memaklumkan penutupan akan dibuat pada Isnin, tetapi ditarik semula selepas tengah malam. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

3

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia