web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 9:09PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan, kata Menterinya, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, antara perincian itu adalah untuk menjadikannya menarik dan lebih murah berbanding kenderaan Internal Combustion Engine (ICE).

"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang adalah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE dengan EV. Sekarang (pengguna EV) tak payah bayar cukai tapi pembeli EV bimbang cukai yang akan dikenakan jauh lebih tinggi berbanding kereta ICE.

"Komitmen kerajaan sekarang adalah untuk merendahkan cukai berkenaan supaya pembeli EV dapat kadar cukai jalan EV yang berpatutan, jadi diharapkan perincian cukai jalan EV dapat diumumkan sebelum akhir April nanti supaya kadar cukai jalan (EV) yang dibayar masih berpatutan," katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Warisan Tan Chong Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) dan Guangzhou Automotive Group (GAC) Motor International Co Ltd (GAC Motor International) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, WTCA dan GAC Motor International memeterai perjanjian bagi memulakan kebolehlaksanaan dua projek pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

WTCA diwakili Ketua Pegawai Eksekutif WTC Holdings Bhd Tan Keng Meng, manakala GAC Motor International oleh Presidennya, Feng Xingya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Loke berkata, perkongsian teknologi dan pengetahuan antara China dan Malaysia menerusi kolaborasi berkenaan mampu memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan memupuk inovasi dalam industri automotif, mempertingkatkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan oleh pelabur global berkualiti tinggi.

"Langkah ini menekankan kepentingan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pengembangan antarabangsa dan menyerlahkan daya tarikan negara sebagai pasaran pilihan untuk usaha niaga automotif.

"Sejajar dengan matlamat kita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar menjelang 2050, kita menggalakkan WTCA dan GAC Motor International untuk memperkenalkan lebih banyak produk ke Malaysia terutama EV, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pengangkutan lestari serta mengurangkan pelepasan karbon," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

Semasa 1 tahun yang lalu

CAAM Diminta Siasat Semua Pesawat Beechcraft Model 390 Di Malaysia 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

myBAS Konsesi Tawar Tambang Percuma Di Seremban, Ipoh, Johor Bahru

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang