web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


myBAS Konsesi Tawar Tambang Percuma Di Seremban, Ipoh, Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 1:21PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika melancarkan inisiatif myBAS Konsesi di Terminal 1, Seremban, hari ini. gambar Facebook Agensi Pengangkutan Awam Darat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pas 'myBAS Konsesi' yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga 17 tahun bermula hari ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata inisiatif di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) itu yang dikendalikan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilaksanakan di SBST Seremban, Ipoh dan Johor Bahru. 

Katanya, lebih 2,500 pengguna golongan sasar menerima manfaat subsidi kos perjalanan itu yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Selaras dengan konsep Ekonomi MADANI, inisiatif SBST membantu menambah baik rangkaian pengangkutan awam dalam bandar, jaringan pertama dan terakhir di ketiga-tiga bandar raya terbabit selain mengurangkan kos sara hidup golongan sasar. 

“Pelaksanaan tambang percuma kepada golongan sasar akan diperluaskan ke program SBST di negeri lain secara berperingkat,” katanya ketika melancarkan inisiatif tambang percuma ‘myBAS Konsesi’ dan tinjauan ke Terminal One Seremban di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan seperti MyKid, MyKad atau MyTentera dan tiada pendaftaran bagi kanak-kanak berumur enam tahun serta ke bawah.

Loke berkata, perkhidmatan bas itu membabitkan keseluruhan 58 laluan iaitu di Seremban sebanyak 23 laluan, Johor Bahru (19) dan Ipoh (16).

Menurutnya, kementerian juga akan membuka semula tender bagi pengendali myBas Konsensi berikutan kontraknya tamat pada hujung tahun ini selepas beroperasi selama tujuh tahun. 

Sementara itu, mengenai perkhidmatan bas tidak mencukupi bagi perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur, Loke berkata, masalah itu bukan kerana terdapat pihak yang memonopoli, tetapi disebabkan operator bas tidak beroperasi.

“Terdapat tujuh lesen pengendali antara perkhidmatan Seremban ke Kuala Lumpur, tetapi ada dua operator dan kadangkala hanya satu operator menjalankan perkhidmatan. Ini isu paling besar dihadapi rakyat Seremban yang berulang-alik bekerja di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan berbincang dengan operator bas bagi menangani isu tersebut, selain bersedia menambah permit kepada operator. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

4

Semasa 1 tahun yang lalu

CAAM Diminta Siasat Semua Pesawat Beechcraft Model 390 Di Malaysia 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang