web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 2:52PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan insentif bagi mengatasi isu harga tiket penerbangan yang tinggi pada musim perayaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan memahami keluhan rakyat dalam isu itu setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah forex (kejatuhan nilai ringgit) yang memberi kesan kepada harga minyak kapal terbang dan sebagainya.

“(Antara solusi boleh dilaksanakan) Kita akan memberikan insentif yang dapat disediakan semasa musim perayaan untuk menangani isu ini,” katanya selepas merasmikan majlis Pengoperasian Radar Trafik Udara di sini, hari ini.

Hasbi berkata, inisiatif FLYsiswa juga akan diteruskan pada tahun depan untuk membantu pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

Dalam Belanjawan 2024 bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Perkasa Rakyat' yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa diteruskan pada tahun hadapan yang akan dinikmati hampir 60,000 penuntut daripada keluarga kurang berkemampuan khususnya dari Sabah, Sarawak dan Labuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

3

TARA 9 bulan yang lalu

AirAsia Sokong Program FLYsiswa 2024, Pelajar Boleh Terbang Pada Harga Jimat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

CAAM Diminta Siasat Semua Pesawat Beechcraft Model 390 Di Malaysia 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang