web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahu Merentas Negeri, Warga Emas Menyamar Pegawai Polis Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 2:05PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan nekad seorang warga emas menyamar sebagai pegawai polis berpangkat “Asisten Komisioner” hanya kerana mahu mendapatkan kelulusan merentas negeri mengundang padah apabila ditahan, Jumaat lalu.

Suspek berusia 65 tahun itu, hadir ke Balai Polis Petaling Jaya kira-kira jam 9 malam sambil menunjukkan gambarnya yang lengkap berpakaian uniform polis, tetapi tanpa sebarang bukti berhubung identiti sebagai pegawai kanan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek menunjukkan gambarnya itu menggunakan telefon bimbit, selain mengakui dirinya adalah individu bergelar “Datuk”.

Katanya, anggota polis yang bertugas pada ketika itu meminta suspek untuk mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaannya.

“Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian.

“Justeru, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam,” katanya hari ini.

Menurut beliau, suspek direman selama sehari dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Menyamar sebagai penjawat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menyamar dan memalsukan sebarang dokumen bagi permit rentas negeri.

“IPD Petaling Jaya mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat supaya sentiasa mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia