web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pandemik WHO, Pengalaman Seumur Hidup Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 12:09PM

Dr Noor Hisham (dua kiri) mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan WHO. - Gambar daripada Facebook Dr Noor Hisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi pesanan WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Dr Noor Hisham yang akan bersara daripada perkhidmatan awam dalam tempoh seminggu, berada di Geneva bagi mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diadakan dua hari bermula semalam.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama jawatankuasa itu bagi tempoh antara satu hingga dua tahun pada mesyuarat pertamanya, yang diadakan secara maya, pada 12 Disember tahun lepas.

Isnin lalu, media melaporkan Dr Noor Hisham akan bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 21 April selepas 35 tahun berkhidmat dalam kerajaan.

Dalam ucapan pada mesyuarat itu, Dr Noor Hisham menekankan peranan utama SCHEPPR adalah untuk menyokong dan mengukuhkan WHO, Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB).

Beliau berkata taklimat pengenalan oleh Jawatankuasa Pengawasan dan Penasihat Bebas (IOAC), Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) dan Program Kecemasan Kesihatan WHO (WHE) turut diberikan kepada ahli Jawatankuasa Tetap (SC) berorientasikan kerja mereka.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jawatankuasa tetap ini tidak akan bertindak sebagai pendua, sebaliknya melengkapkan tugasan baik yang dilakukan oleh IOAC dan GPMB. Adalah penting bagi SC untuk memberi keutamaan kepada kerja yang digariskan dalam TOR dan kekal fokus dalam perbincangan dan pertimbangannya,” kata beliau.

Lembaga Eksekutif 34 anggota WHO, semasa mesyuarat tahunannya pada Mei tahun lepas, bersetuju membentuk SCHEPPR untuk membantu mempercepatkan tindak balasnya terhadap kecemasan kesihatan global seperti COVID-19.

Jawatankuasa Tetap hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menjalankan kerja tetapnya dan boleh memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa untuk menangani perkara-perkara yang mendesak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 6 bulan yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia