web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Datin Tumpas, Dadah Lebih RM6 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 3:18PM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (empat dari kanan) menunjukkan pil yaba dan syabu bernilai RM6.96 juta yang dirampas daripada dua sindiket dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi seorang ‘Datin’ apabila menahan wanita warga Thailand dan 10 yang lain, dalam serbuan di lima lokasi berasingan sejak kelmarin sehingga semalam.

Difahamkan, wanita bergelar Datin itu adalah usahawan kosmetik di Kelantan yang berusia 48 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, serbuan berkenaan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Kelantan berjaya merampas 180,000 biji pil yaba dan 14.98 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM2.34 juta.

Katanya, serbuan pertama dibuat di sebuah rumah di Kota Bharu, pada jam 4.30 petang kelmarin, membabitkan penahanan seorang lelaki warga Thailand berusia 37 tahun dan rampasan dua botol plastik mengandungi kodein.

Lelaki tersebut kemudiannya jelas beliau, membawa polis ke sebuah rumah yang tersimpan 180,000 biji pil yaba bernilai RM1.8 juta. 

“Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 24 dan 36 tahun di dalam kereta Perodua Myvi di Kampung Kedai Mulong di sini, pada jam 4 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu beg plastik bertangkai yang di dalamnya terdapat 17 bungkusan disyaki dadah jenis syabu, seberat 14.98kg bernilai RM540,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas enam kereta, motosikal, barang kemas dan wang tunai bernilai lebih RM300,000.

Dalam serbuan berasingan, Shafien memberitahu, polis turut berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah ‘Mat Yo’ dan menahan dua lelaki berusia 32 dan 43 tahun menerusi serbuan berasingan Rabu dan Khamis lalu.

Katanya, ia membabitkan rampasan 462,000 pil yaba bernilai RM4.62 juta.

“Serbuan pertama dibuat pada jam 1.10 tengah hari Rabu lalu di sebuah apartmen di Seri Cemerlang di sini, dan polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta merampas 84,000 pil yaba berjumlah RM840,000.

“Menerusi serbuan kedua pada jam 12.35 tengah hari Khamis lalu di Tanah Merah, kita menahan seorang lelaki warga Thailand dan menemui 378,000 biji pil yaba dalam tong hitam yang ditanam di kawasan rumah dengan anggaran nilai RM3.78 juta,” katanya.

“Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari untuk sisatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai disasarkan untuk pasaran di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang boleh menampung keperluan 300,500 penagih.

Menurutnya, keseluruhan rampasan dadah bernilai RM6.96 juta manakala hasil sitaan berjumlah lebih RM369,000. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia