web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:46PM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda-anakanda bergambar sebelum masuk waktu berbuka puasa ketika mencemar duli berbuka puasa di Padang MBK bersama rakyat jelata hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1) di sini bersama rakyat, yang menjadi tradisi Seri Paduka dan keluarga pada bulan Ramadan. 

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke padang itu pada pukul 6 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bersama-sama anakanda-anakanda Seri Paduka berdua.

Menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Negeri Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin. 

Sebelum berbuka, Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni penjual dan pengunjung bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang itu, yang ingin bergambar bersama, selain baginda berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

Tunku Azizah turut berkenan mengagihkan kira-kira 2,000 bekas bubur lambuk hasil air tangan baginda kepada pengujung.

Seri Paduka berdua kemudian turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad