web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


100 Individu Kluster Keramat Selesai Jalani Saringan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 6:34PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Kira-kira 100 individu selesai menjalani ujian saringan COVID-19 pertama bagi Kluster Keramat, di sini, baru-baru ini. 

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu keputusan 30 sampel ujian COVID-19.

“Selepas itu, saringan kedua akan dilakukan bagi mengesan sepenuhnya virus berkenaan dalam kluster ini.

“Justeru, saya meminta orang ramai terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan virus tersebut,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 16 kluster baharu dikesan di seluruh negara, dengan satu daripadanya dikenali sebagai Kluster Keramat di Semporna.

Berdasarkan rekod, Kluster Keramat berlaku di Mukim Tampi-Tampi apabila seorang lelaki berusia 73 tahun dikesan positif COVID-19 selepas dikatakan pengsan di kebun berhampiran rumahnya.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun dalam sidang media, semalam, berkata susulan kejadian itu, 11 anggota keluarga pesakit menjalani saringan kesihatan yang sama dan tujuh daripadanya iaitu isteri, anak, menantu serta cucu disahkan positif.

Tambahnya, tiga daripada tujuh yang positif itu adalah guru sekolah rendah dan saringan kontak rapat pada 7 Mei terus dijalankan membabitkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Hampalan dan Bubul, selain saringan lapangan bagi guru dan murid pendidikan khas di SK Tampi-Tampi. 

“Hasil saringan itu mendapati seorang guru SK Tampi-Tampi disahkan 88 peratus positif COVID-19, menjadikan jumlah terkumpul sembilan kes bagi Kluster Keramat,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia