web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Digesa Beri Tekanan Kepada Israel Menerusi OIC, PUOIC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 8:07AM

Seorang penduduk Palestin menunaikan solat tanpa mempedulikan kehadiran tentera Zionis di Masjid Al-Aqsa. - Gambar Twitter Masjid al Aqsa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa kerajaan menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota OIC (PUOIC) memberi tekanan terhadap Israel dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris berkata Malaysia menerusi OIC dan PUOIC mempunyai tanggungjawab bersuara tegas secara kolektif untuk menggesa dan bertindak bagi memberi tekanan terhadap Israel serta mengelak kemungkinan dasar aparteid kembali di bumi  Palestin. 

 “Keamanan perlu dikembalikan khususnya kepada rakyat Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis yang dilihat dipaksa berpindah sebagai pengusiran dan pembersihan etnik secara terancang oleh pendatang haram Yahudi.

“Ini sebagai punca kemuncak kekejaman dan keganasan secara bersiri pada akhir bulan Ramadan ini,” katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia. 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Israel meningkatkan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin, kata Razali

Beliau berkata Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan susulan tentera Zionis menyerang dan mencederakan lebih 200 rakyat Palestin dengan merempuh masuk Masjid al-Aqsa menggunakan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru besi dilapisi getah bagi menyerang jemaah di sana susulan pengusiran di Sheikh Jarrah.

Sehubungan itu, katanya Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara senada dan selari bersama-sama PUOIC dan akan terus mempertingkatkan suara agar terus didengari di segenap pelusuk dunia untuk berdiri bersama rakyat Palestin yang ditindas dan berhadapan tindakan keji dan keganasan tentera Zionis Israel.

Sementara itu, Pemuda Islam Asia Tenggara dalam kenyataan berasingan menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia untuk terus menekan kerajaan Israel yang dilihat cuba mencetuskan ketegangan di Timur Tengah dan menjejaskan keamanan global.

Kumpulan itu  mendesak agar Israel menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB dan resolusi OIC kepada negara itu.

“Kami turut menggesa OIC mengadakan mesyuarat tergempar bagi menangani isu yang berbangkit di Palestin serta menyeru semua pemimpin negara-negara Islam menggunakan saluran yang sebaik mungkin untuk memastikan rejim Zionis dan sekutunya tidak menolak kedaulatan Palestin.

“Sebarang urusan bertujuan menggalakkan dasar Israel perlu dinafikan dengan tegas,” menurut kenyataan kumpulan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia