web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis, ESSCom Tahan 8 Anggota Abu Sayyaf Di Beaufort

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 2:46PM

Datuk Hazani Ghazali - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lapan lelaki anggota kumpulan Abu Sayyaf berjaya ditahan pasukan keselamatan di kawasan paya bakau di Beaufort, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek adalah antara 37 warga Filipina yang ditahan dalam serbuan di kawasan penempatan haram berhampiran Taman Sri Arjuna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, daripada lapan ahli kumpulan pengganas berkenaan, dua daripadanya adalah orang yang dikehendaki Kerajaan Filipina.

“Ia disahkan pasukan keselamatan Filipina dan semua suspek dipercayai melarikan diri dari pertempuran di Selatan Filipina.

“Dua suspek berkenaan yang berpangkat sub-leader pernah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Marin Filipina di BUD Bawis Complex, Panamao Sulu pada 2011, 2018, 2019 dan terbaharu November tahun lalu,” katanya kepada hari ini.

Turut hadir Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman.

Menurut Hazani, pihaknya turut menerima maklumat pembabitan dua lelaki berkenaan dengan pertubuhan pengganas Daesh.

“Bagaimapun, siasatan terperinci akan dilakukan termasuk bagaimana mereka masuk ke Sabah, siapa ‘established contact’ mereka di sini dan mengapa memilih Sabah sebagai lokasi persembunyian.

“Ini termasuk siasatan membabitkan senjata api memandangkan mereka melarikan diri ketika digempur pihak berkuasa Filipina di selatan negara itu,” katanya.

Dalam operasi yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ESSCom itu, tiada sebarang rampasan senjata api dilakukan.

Sementara itu, Hazani berkata, pihaknya turut menahan lapan wanita dan 21 kanak-kanak.

“Siasatan turut dilakukan bagi melihat adakah wujudnya sel tersendiri bagi kumpulan pelampau Daesh mahu pun Abu Sayyaf di sini

“Mereka kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia