web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cegah COVID-19, Masjid Jalani Proses Nyahkuman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 6:28PM

Kerja sanitasi sedang dijalankan di Masjid Talhah Bin Ubaidillah di Bukit Jalil. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 di negara, beberapa masjid mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan proses menyahkuman bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada jemaah.

Antara masjid yang mengambil inisiatif itu adalah Masjid Talhah Bin Ubaidillah di Bukit Jalil dan Masjid At-Taqwa Kampung Paroi, Negeri Sembilan.

Selain disebabkan peningkatan kes COVID-19, masjid berkenaan turut mengambil inisiatif itu sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan institusi terbabit menjadi pusat penularan wabak, sekali gus dimasukkan ke dalam senarai sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

Seorang pekerja sedang membersihkan karpet di Masjid At-Taqwa Kampung Paroi, Negeri Sembilan. - Gambar dari Facebook
Seorang pekerja sedang membersihkan karpet di Masjid At-Taqwa Kampung Paroi, Negeri Sembilan. - Gambar dari Facebook

Setakat ini terdapat dua masjid disenaraikan dalam sistem HIDE, hingga memaksa premis berkenaan ditutup selama tiga hari, kedua-duanya disahkan sebagai Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq di Bangsar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Talhah Bin Ubaidillah di Bukit Jalil, Annas Bahari berkata, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan proses nyahkuman di masjid itu, selepas terdapat jemaah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Katanya, tindakan berkenaan diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga, demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Notis penutupan Masjid Mahmoodiah di Presint 18, Putrajaya yang disiarkan di laman Facebook masjid itu.
Notis penutupan Masjid Mahmoodiah di Presint 18, Putrajaya yang disiarkan di laman Facebook masjid itu.

“Memandangkan masjid kami ini terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor, ia menjadi lokasi tumpuan umat Islam di sekitar kawasan ini untuk menjalankan ibadah terutamanya solat Tarawih.

“Apabila kami dimaklumkan terdapat jemaah yang menjadi kontak rapat, pihak pengurusan mengambil keputusan menggunakan wang masjid bagi menjalankan proses nyahkuman, khusus untuk memberi keselesaan kepada jemaah untuk terus menjalankan ibadah di masjid ini,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, sebuah masjid lagi iaitu Masjid Mahmoodiah di Presint 18, Putrajaya diarahkan tutup buat sementara waktu bermula Sabtu lalu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Faktor penutupan bagaimanapun tidak dinyatakan namun pihak pengurusan memberitahu, ia adalah atas saranan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya bagi membendung wabak COVID-19. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia