web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurang Patuh SOP, COVID-19 Di Pahang Terus Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 6:51PM

Wan Rosdy Wan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat di Pahang masih kurang memuaskan dan dipercayai menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kes positif COVID-19 di negeri ini. 

Sikap sambil lewa dan menganggap ancaman wabak COVID-19 bukan sesuatu yang serius oleh segelintir penduduk di negeri ini sangat dikesali, dan tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa bagi mendisiplinkan mereka. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini pelaksanaan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kuantan bagaimanapun berada dalam keadaan memuaskan, dan sebarang tindakan membabitkan pengeluaran kompaun hanya dilakukan terhadap penduduk atau peniaga yang mengingkari arahan ditetapkan. 

"Secara keseluruhannya, tahap pematuhan SOP di seluruh Pahang boleh diperbaiki kerana masih ramai yang tidak memahami kepentingan memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan (kerap) mencuci tangan. 

"Kalau semua boleh mematuhi SOP ditetapkan ini, saya fikir kita tidak berdepan masalah untuk mengatasi (penularan) wabak COVID-19 di Pahang,” katanya kepada media selepas pelancaran Bantuan Prihatin Pahang Aidilfitri 2021 di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, jumlah kes di negeri itu masih meningkat dan ia dipercayai memiliki kaitan dengan pematuhan SOP dan tahap kesedaran yang kurang di kalangan penduduk.

"Sebab itu, saya minta semua rakyat dapat bersama menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan mematuhi SOP ditetapkan," katanya. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin. 

Bantuan itu akan mula diagihkan semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan ahli Parlimen Pahang bermula hari ini dibantu Majlis Tindakan Sosial negeri, membabitkan peruntukan kira-kira RM580,000. 

Wan Rosdy turut meminta kerjasama ADUN dan ahli Parlimen di negeri ini meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman COVID-19 yang bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan hingga mengakibatkan kematian, bahkan turut memberi impak terhadap struktur sosial terutamanya ke atas ekonomi setempat. – Getaran, 10 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia