web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekejaman Israel, Masjid Seluruh Wilayah Disaran Laksana Solat Hajat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 6:44PM

Kesan-kesan serpihan dan kerosakan selepas Israel berundur dari Masjid Al-Aqsa . - Gambar dari Twitter Masjid al Aqsa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masjid di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan disarankan untuk melaksanakan solat Hajat malam ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Saranan itu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), susulan pembantaian rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang sedang berleluasa.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata saranan berkenaan membabitkan semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, solat Hajat itu boleh ditunaikan selepas solat Isyak sambil mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

“Sesungguhnya doa yang dikirimkan dari kejauhan di dalam bulan Ramadan yang penuh barakah adalah lambang solidariti umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Ia juga bagi mengecam serangan tersebut dan menentang kezaliman berterusan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya hari ini.

Media antarabangsa melaporkan seramai 180 penduduk Palestin cedera termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal selepas keganasan terbaharu meletus di luar Masjid Al-Aqsa Isnin.

Lebih kejam, keganasan itu dilakukan menjelang Hari Raya Aidilfitri, iaitu antara perayaan utama penganut agama Islam.

Menurut Palang Merah Palestin, lebih 180 penduduk Palestin cedera dengan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia