web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 8:16PM

Tengku Zafrul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemegang kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan pertumbuhan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau juga berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara  sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.

“Tidak kira apa juga cabaran yang mendatang, saya dan pasukan saya bersedia untuk memastikan transformasi perindustrian Malaysia dan terus memasarkan Malaysia sebagai papan loncatan utama dan cekap kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki pasaran Asean atau malahan Asia,” katanya pada majlis permeteraian antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP Asia Ltd, di sini, hari ini.

ADE, cabang kejuruteraan dan penyenggaran Capital A Bhd, memperoleh pelaburan berjumlah US$100 juta (US$1=RM4.460) daripada OCP Asia untuk membina dan mengendalikan kemudahan hangar penyenggaraan pesawat canggih di Sepang, Selangor.

 Tengku Zafrul berkata Malaysia memiliki industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berkembang maju yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan.

Pada 2022, katanya, Malaysia memperoleh projek pengembangan MRO bernilai RM600 juta melibatkan aktiviti MRO komponen dan penyenggaraan berat, daripada pelbagai syarikat bereputasi tinggi yang beroperasi di negara ini. 

“Ini menunjukkan pelabur dari dalam dan luar Malaysia melihat sektor MRO kita sebagai peluang pelaburan dengan potensi pertumbuhan yang besar,” katanya.

Beliau juga berkata penyertaan ADE dalam bidang MRO di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik dijangka meningkatkan lagi pertumbuhan industri MRO Malaysia selain memacu persaingan sihat dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.

“Apa yang paling penting, perkongsian ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bergaji lebih tinggi bagi tenaga kerja tempatan dan peluang untuk penyetempatan perkhidmatan lain oleh syarikat kecil dan sederhana dalam rantaian bekalan tempatan,” kata Tengku Zafrul. 

Menurutnya, semua ini akan menyokong pelaksanaan kerangka industri Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang diterajui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) untuk membantu meletakkan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di Asia Tenggara menjelang 2030.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menyasarkan pelaburan langsung asing dalam sektor strategik yang memberi kesan kepada pertumbuhan masa depan, iaitu sektor elektrik dan elektronik, terutamanya untuk peralatan perubatan, farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan bahan kimia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

3

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

4

Ekonomi 3 bulan yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Politik 5 jam yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik