web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Seru Rakyat Sambut Aidilfitri Secara Sederhana, Patuhi SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 7:27AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu setiap individu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar rakyat berkorban dengan tidak meneruskan amalan lazim Hari Raya seperti pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung, demi mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak sehingga sukar dikawal.

Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan susulan meningkatnya jumlah kes baharu COVID-19 yang sangat berbahaya, baginda menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana sederhana dan waspada. 

Baginda juga menzahirkan rasa yang amat bimbang dengan angka kes jangkitan baharu dan kematian di negeri ini yang semakin meningkat setiap hari.

``Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak.''

Baginda turut berpesan supaya rakyat jangan mengambil mudah tentang bahaya wabak tersebut dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.

Menurut hantaran itu lagi, baginda mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan pemakaian pelitup muka pada setiap masa.

Baginda juga bertitah tidak mahu melihat lebih banyak kematian akibat wabak berkenaan dan menyeru rakyat agar sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya.

Pada masa sama, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Selangor dan di Malaysia amnya. 

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia