web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Malaysia MADANI Untuk Rakyat, Bukan Pembaziran - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 6:19PM

Anwar meninggalkan pekarangan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh selepas beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan ‘menunggang agama’.

Perdana Menteri berkata program itu bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.

 “Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.

 "Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri akan diadakan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, dengan Kedah menjadi lokasi pertama esok.

Ditanya mengenai dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dijemput ke majlis yang berlangung esok, Anwar berkata beliau difahamkan pihak penganjur sudah menghantar jemputan kepada Menteri Besar Kedah itu.

“Saya difahamkan (Muhammad Sanusi) dijemput…Tuanku (Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) akan berangkat (esok), jadi MB (Menteri Besar) pun dijemput,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata persiapan Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah yang akan berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok amat baik, dan beliau dijadualkan meninjau persiapan akhir majlis berkenaan petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia