web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Harus Jadikan Usaha Banteras Rasuah Kempen PRN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 5:05PM

Usaha membanteras rasuah seharusnya dijadikan tema utama kempen Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha membanteras rasuah seharusnya dijadikan tema utama kempen Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bagi memastikan Malaysia tersenarai sebagai 30 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2022.

“Hanya lima negara Asia, iaitu Singapura, Hong Kong, Jepun, Bhutan dan Taiwan ketika ini, berada di senarai 30 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2022.

“Jika Singapura dan Hong Kong boleh dianggap sebagai 30 negara paling kurang rasuah di dunia, tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak dapat mencapai kejayaan ini. 

“Walaupun kita sudah jatuh ke kedudukan ke-61 daripada 180 negara dengan markah lemah, iaitu 47 daripada 100 markah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Kit Siang berkata, apa yang penting adalah usaha mencapai kedudukan itu memerlukan sokongan penuh daripada rakyat dan semua kerajaan negeri. 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa cara agar aspirasi dihasratkan mantan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi ikutan negara lain, mampu direalisasikan. 

“Caranya adalah laksana dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, peradaban, selain menjadi antara 30 negara teratas yang diiktiraf atas usaha kita memerangi rasuah. 

“Laksana tadbir urus baik dengan menjaga kedaulatan undang-undang dan mencari jalan agar Malaysia menjadi contoh kepada dunia. 

“Kita harus menunjukkan langkah terbaik bagaimana untuk menentang pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang ditimbulkan media sosial dalam era teknologi maklumat,” katanya. - Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 14 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri